Peringatan.

Blog ini tidak boleh dicopy mahupun dipaste. Sekian, Terima kasih.

Once Upon A Time



Luhan p.o.v

            “Ala! Luhan. Boleh la.”

            “Tak boleh!”

            “Kenapa?”

            “Sebab memang tak boleh.”

            “Ala, tak lama. Kejap je.”

            “Maksud kau?”

            “Kejap je, satu bulan.”

            “Banyak la kau. Satu bulan kat sini bermakna satu tahun kat sana. Tak boleh.”

            “Ala boleh la. Put’akhae..”

            “No!”

            “Luhan...”

++++

            “Joohee. Jom.” Aku menyandang dua beg berisi pakaian.

            “Nak pergi mana?” dia bertanya kehairanan.

            “Sana, la. Mana lagi.” Aku melihat jam.

            “What? Ye ke ni? Kejap. Aku kemas baju.”

            “Tak payah. Ni, dah kemas dah pun.”

            “Huh? Macam mana?”

            “Semalam, maid kau kemaskan.”

++++

            Aku melangkah keluar dari pintu yang menghubungkan antara dunia manusia dan magik. Maksud aku, witch. Ya. Joohee ahli sihir. Aku.... penjaga dia. Cuma aku tak tahu kenapa, dia nak sangat turun ke Bumi. Apa yang best pun aku tak tahu.

            “Luhan, cepat la.”

            “Ye. Sabar.” Aku membuntuti langkahnya untuk pergi ke satu perumahan.

            “Kita cari rumah sewa dulu, tau. Lepas tu, kita pergi beli barang.” Dia mengarah.

            Aku hanya menuruti arahannya dengan menganggukkan kepalaku. “eh! Joohee. Ni, ada rumah untuk di sewa. W35000 sebulan.”

            Dia memberhentikan langkahnya. Kemudian, pandangannya di kalihkan padaku. “ W35000 sebulan. Kat mana?”

            “Ni.” Aku menunjukkan rumah yang berada dihadapanku.

            “Wah! Bagus. Jom, masuk.”

            “Hah?! Eh! Eh! Tunggu kejap. Joohee...!!” dia menarik tanganku.

++++

            “Terima kasih.” Kami menunduk 30 darjah.

            “Sama-sama.” dia membalas.

            “Cukup bulan kami bayar.” Aku memberitahu.

            “Ok. Kamu ni baru berkahwin ke?” makcik yang berada di hadapanku bertanya.

            “Huh?! Oh! Ah! Y.. Ya Ya.” Tergagap-gagap kami bertanya sambil tersenyum malu.

            “Aigoo. Tak payah nak malu-malu.”

            “Ya.” Serentak kami jawab.

++++

            “AH! Kenapa makcik tu cakap yang kita baru kahwin. Eh! Tolong la. Aku kahwin dengan mamat ni. Urgh! Mintak simpang la banyak-banyak.” Bebel Joohee sambil tangannya ligat menyusun baju di dalam almari yang sudah tersedia ada.

            “Amboi! Kutuk orang nampak.”

            “Eh! Betul la.”

            “Ye la. Kau menang. Aku kalah.”

++++


            “Wah! Ni cantik. Luhan. Kita ambil yang ni.” Laju dia meletakkan beberapa buah pinggan empat segi di dalam troli. 
            “Ambil mangkuk kecil tu sekali.”

            “Yang mana?”

            “Tu, sebelah pinggan empat segi tu.”

            “Yang ni?”

            “Hmm.”

Setelah siap memilih pinggan mangkuk termasuk periuk belanga apa semua tu, kami pergi ke kaunter.

“Luhan. Lepas ni, kita pergi makan. Aku lapar la.” Dia membisikkan ke telinga aku.

“Huh?!” aku memandang tepat pada mata Joohee kemudian aku memandang ke arah penjaga kaunter yang tersenyum.

“Boleh?” dia bertanya bagi mendapatkan kepastian.

“O..ok.”

“Baru kahwin ye, encik?”

“Huh?! Oh! Ah! Y.. Ya Ya. Hahaha..” aku menjawab sambil ketawa yang dibuat-buat.

++++

“Encik nak makan apa? Kami ada sediakan set pengantin baru.”

“Huh?!” aku membuntangkan mataku.

“Tak. Kami tak nak set tu. Bagi hidangan set biasa je.” Joohee menjawab bagi pihakku.

Haish! Kenapa semua orang kat sini asyik kata yang kitorang ni pengantin baru? Ada rupa pengantin baru ke? Erk!

“Urm. Cik, kenapa cadangkan kami set pengantin baru tadi?” aku bertanya ketika hidangan kami sampai dan di hidangkan.

“Eh! Bukan ke encik dan puan pengantin baru? Cincin tu.” dia menunujukkan cincin yang tersemat rapi di jari manisku. Aku melihat jariku. Ma.. Macammana cincin ni boleh ada kat jari aku? Seketika aku memandang Joohee. Dia turut terkejut.

Ketika aku mahu memandang kembali wajah pelayan tadi, dia sudah pun berlalu pergi ke arah dapur. Ah! Ni mesti kerja Chanyeol.

++++

Yoon Joohee p.o.v

            “Arghh!!!!” sekuat hati aku menjerit di dalam tandas.

            “Yah! Joohee. Dah cukup la tu.” dia mengetuk pintu bilik air beberapa kali.

            “Apa yang cukup?! Bila masa cincin ni ada kat jari ku?!”

            “Mana la aku tahu. Cincin tu pun ada kat jari aku.” Suara Luhan makin perlahan. Mungkin dia dah putus asa. Huh!

            “Ni mesti kerja Chanyeol!” aku mencengkam kain tuala yang ada di sebelah sinki.

            “Kau dah tahu, kenapa nak tanya aku lagi, bila masa cincin tu ada kat tangan kau?”

            Aku tidak menjawab soalannya.

            “eh! Chanyeol? Kau buat apa kat sini?” kedengaran suara Luhan dari luar memanggil manusia yang tiba-tiba ‘menyarungkan’ cincin di jari kami.

++++

            “sorry, la. Bukan aku yang nak buat semua benda ni. Ayah kau suruh. Aku ikut je.” Chanyeol membuka mulut setelah mendiamkan diri buat beberapa minit.

            “ayah aku suruh? Kau bagi tahu ayah aku ke yang aku nak ke sini?” aku bertanya.

            “tak. Aku pun tak tahu macam mana ayah kau boleh tahu, tapi seriously, aku tak tahu pun yang kau nak ke sini. Aku datang ni pun sebab ayah kau yang suruh.” Dia menjawab. Buat muka innocent konon. Ingat aku nak kesiankan kau ke? Eh! Tolonglah!

            “Luhan, kan ada. Kejap. Kau bagi tahu ayah aku?!” aku menyeluruhi wajah lelaki di sebelahku.

            Matanya memandang sekeliling rumah sambil bersiul. Aku dah agak dah!

            “asal kau bagi tahu ayah aku?! Arh!! Jjinja pabona!!” aku menampar kuat peha Luhan.

            “sakit la, bengong! Dah aku ni penjaga kau, mesti la aku kena bagi tahu perkembangan kau kat ayah kau. Lagi pun, ayah kau dah lantik aku jadi penjaga kau, mesti la aku kena jalankan tugasan aku dengan betul.”

            “tak payah la bagi tahu hal ni.” Aku memandang tepat pada matanya.

            “dah! Korang ni, kan. Tak habis-habis asyik nak gaduh je. Semua ni salah aku, aku yang naif ikut arahan ketua.” Chanyeol menyampuk. Serentak kami memandangnya.

            “kenapa kau ada kat sini lagi? Balik la.” Aku bertanya.

            “balik? Eh! Aku tinggal kat sini la sekarang.” Chanyeol bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke arah dapur. Dia mengeluarkan barang-barang di dalam plastik putih.

            “apa maksud kau?” aku turut bangkit dan membuntuti langkahnya.

            “tinggal kat sini la. Ayah kau suruh aku temankan Luhan. Kesian dia, sorang-sorang. Ala, pasal duit sewa tu nanti aku bagi la bahagian aku kat kau.”

            “banyak la kau! Pergi la cari rumah sewa sendiri.” Luhan menjerit dari arah ruang tamu yang bersententangan dengan dapur.

            “eh! Kau nak makan tak?” Chanyeol tidak mempedulikan kata-kata Luhan.

            “makan?! Kau nak masak apa hari ni?” Luhan bergegas ke dapur. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka. Dorang buat aku ni macam patung je kat sini?

            “kau rasa?”

            “eh! Daging.. Kau buat stik. Aku buat sos perang.”

            “memang aku nak buat stik pun hari ni. Sambil-sambil tu, kau goreng frence fries ni.” Chanyeol menghulurkan sebungkus frence freis pada Luhan. Aku hanya berdiri. Diam membisu.

            “kau nak tolong tak ni? Kalau tak, pergi tempat lain. Jangan kacau kitorang tengah masak.” Chanyeol menegurku dengan mengibaskan tangannya kiri dan kanan. Aku mengerdipkan mataku.

            “o..ok”
++++
            “HAHAHAHAHAHA!!!!!” ketawa Luhan dan Chanyeol pecah di bahagian dapur. Entah apa yang lawaknya, aku pun tak tahu.

            Kemudian, mata difokuskan pada skrin TV. Running Man bersiaran di kaca TV. Sekali-sekala aku ketawa. Kemudian, aku menukar siaran. SBS. Tak ada cerita best. AH! KBSW. Music Bank. Aku menguatkan volume TV.

            “woi! Nak balas dendam ke? Perlahan sikit TV tu. Nak pecah gegandang telinga aku dengar muzik kat TV tu.” Luhan menjerit separa kuat. Aku memandangnya.

            Tekun dia menyusun sebakul frence fries, pinggan, gelas dan sewaktu dengannya.

            “kau dengar tak ni?” dia menegurku lagi.
            “ye ye. Aku perlahankan la ni.” Aku mencapai remote control dan memperlahankan bunyi TV pada tahap 20 daripada 30.

            “okay!! Dah siap.” Chanyeol menjerit.

            Aku bangkit dari sofa dan berjalan ke arahnya. Kemudian, aku mencapai senduk dan menuangkan sos perang ke atas dan di sebelah kiri stik daging yang sudah sedia ada di atas pinggan. Tiga pinggan kesemuanya.

            “pandai pulak kau buat?” Luhan memerli aku. Aku tahu tu.

            “eh! Mesti la. Orang perempuan kena pandai memasak. Kalau tak, macam mana nak bagi makan suami nanti.” Aku mempertahankan diriku sendiri.

            “ye la tu.” dia berdiri di hadapanku dan meletakkan frence fries bersebelahan dengan sos perang yang aku tuang tadi.

++++

Luhan p.o.v

            Segera aku mengambil notis yang tertampal di tiang lampu ketika aku mahu menuju ke arah kedai serbaneka.

            Pelayan di perlukan segera. Telefon kami di 010-xxxxxxxx.

            Pelayan. Pelayan. Waiter la kan? Hmm..

            Aku menyimpan notis tersebut di dalam poket jaketku. Kaki pula melangkah masuk ke dalam tempat yang aku tujui. Setelah itu, mata mencari sesuatu.

            “encik. Encik nak cari apa?” suara seorang gadis menegurku dari arah kaunter pembayaran.

            Aku memandangnya. Kemudian, aku tersenyum. “berus gigi, ubat gigi. Barang-barang peribadi.”

            “oh! Encik jalan terus, lepas tu belok kiri. Line no. 5.” Dia tersenyum

            “ok. Terima kasih.” Aku menunduk 30 darjah.

            “wah!! Hensemnya mamat tu!” gadis tadi kembali bersuara.

“comel la, weyh” kedengaran satu lagi suara gadis dari arah kaunter. HAHA. Kembang hidung aku kejap.

            Setelah berada di hadapan berpuluh-puluh berus gigi yang digantung, aku mencapai satu daripadanya. Kejap. Joohee suka warna apa ek? Chanyeol? Aku berteka-teki di situ. Di tanganku sudah ada berus gigi untukku bewarna merah.

            Ah! Ambil je la warna apa pun. Joohee warna purple, Chanyeol warna.... hijau.

++++

            “lamanya kau pergi kedai? Pergi beli ke pergi buat?” suara Joohee kedengaran dari pintu masuk.

            “ala! Maybe dia kena tackel kot kat kedai tu. Orangnya kan comel. Hensem.” Chanyeol mencelah. Ketika itu, aku sedang meletakkan dua plastik beg di atas meja.

            “eh! Mana kau tahu?” aku melabuhkan punggungku. Duduk di sebelah Chanyeol.

            “Hari tu, aku beli barang untuk buat stik tu. Ada la dua tiga orang perempuan mintak nombor aku.” Chanyeol mula bercerita.

            “habis tu, kau kasi tak nombor kau kat dorang?” aku bertanya.

            “nak kasi macam mana. Phone pun aku tak beli lagi.”

            “ha’ah, kan. Eh! Nanti kita beli phone nak. Oh ya, lagi satu. Ni, aku jumpa masa aku nak pergi kedai tadi.” Aku menghulurkan notis tadi pada Chanyeol.

            “Pelayan di perlukan segera. Telefon kami di 010-xxxxxxxx?” Chanyeol membaca satu persatu maklumat yang tertera di atas notis tersebut.

            “jom kerja.” Aku mengajak.

++++

            “terima kasih.” Kami menunduk 30 darjah.

            “sama-sama.” dia membalas.

            Setelah itu, kami melangkah keluar dari bilik. Di tangan ku terdapat beg kertas yang berisi tiga pasang baju, seluar dan apron.

            “nah. Ni kau punya, ni aku punya and ni kau punya.”

            “wow! Cantik la baju ni. Aku suka.” Joohee mengangkat baju kemeja coklat keputihan itu sedikit tinggi dari paras dada.

            “sudah. Jom, Chanyeol. Kita tukar baju.” Aku bangun dan berjalan menuju ke arah bilik persalinan yang terletak bersebelahan dengan pintu untuk ke dapur. Chanyeol hanya membuntuti langkahku.

            “ala. Aku macam mana?” Joohee mengejar kami.

            “pergi la tukar baju kat tempat lain. Kau lelaki ke?” aku menghalang Joohee daripada mara ke hadapan.

            “uh!” dia kebingungan.

            “kau nampak tak papan tanda tu?” Chanyeol mencuit bahu Joohee kemudian ditunjukkannya tanda bahawa kami berdiri di hadapan bilik persalinan untuk lelaki.

            “oh! Erk! Aku...” dia menjadi tak keruan. Kemudian cepat-cepat dia melangkah laju meninggalkan kami.

            “tahu pun malu.” Aku menyindirnya.

            “perempuan...” sambut Chanyeol.

++++

6 bulan kemudian...

            “Joohee!! Cepat sikit. Kita dah lewat ni.” Aku menjerit dari arah pintu rumah.

            “kejap la. Nak siap dah ni.”

            “alah! Dah la, kita pergi dulu.” Aku mengajak Chanyeol keluar dari rumah.

            Ketika aku mahu menutup pintu rumah, Joohee kelam-kabut memakai sandalnya.

            “sampai hati korang tinggalkan aku..” dia bersuara.

            “dah kau lambat. Terhegeh-hegeh. Ingat aku ni apa, senang-senang nak tunggu kau berjam-jam..” aku membebel.

            “dah la,korang ni. Kalau korang bertekak lagi la kita lambat, tahu?” Chanyeol memegang lenganku.

++++

            Aku mengemas meja di tepi tingkap. Dua cawan bekas kopi espresso aku angkat dan letakkannya di dalam troli. Kemudian, baki kek lemon aku buang ke dalam plastik sampah yang digantung pada hujung troli.

            “hmm. Awak, kalau saya nak ajak awak makan malam, boleh? Tu pun kalau awak tak sibuk hari ni.” Satu suara seorang lelaki datang dari arah belakang mengalihkan perhatianku untuk memandangnya.

            “boleh. Lagi pun, saya tak sibuk malam ni.” Seorang gadis yang rambutnya diikat pony-tail menjawab.

            “ok. Petang nanti saya call awak.” Lelaki tadi tersenyum

            Aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa benda ni berlaku? Apa aku nak jawab kalau perkara tu betul-betul berlaku? Cepat-cepat aku menolak troli setelah meja di kemas. Ketika sampai di kaunter, Joohee tersenyum sendiri. Troli tadi aku biarkan di tepi pintu masuk untuk ke dapur.

            “Joohee...” aku memanggilnya.

            “hmm..” dia menjawab perlahan. Senyuman masih kekal di bibirnya.

            “siapa lelaki tadi?” aku menyoalnya setelah lelaki tadi meninggalkan tempatnya dan keluar dari cafe.

            “siapa?” dia memandangku.

            “yang tadi. Aku dengar apa yang dia cakap kat kau. Siapa dia?”

            “oh. Dia. Kenapa?” Joohee tidak mengendahkan soalanku malah kembali bertanya.

            “tak ada kenapa-kenapa la. Siapa dia?”

            “alah, kau jangan nak sibuk hal orang la. Dah, aku nak balik.” Joohee menanggalkan apron mini bewarna coklat susu di atas meja kaunter. Memang syif kami sudah habis. Masa untuk pulang.

++++

            “kau ni dah kenapa? Asyik termenung je dari tadi.” Chanyeol bertanya ketika kami dalam perjalanan untuk ke rumah.

            “Joohee. Dia dah mula rapat dengan manusia.” Aku menjawab.

            “dah tu?” dia membetulkan kedudukan beg sandangnya.

            “kau pun tahu, kita tak boleh rapat dengan manusia. Aku takut kalau Joohee jatuh cinta kat manusia tu and nak kahwin dengan manusia tu. Apa aku nak jawab kalau aku balik seorang diri bukan dengan Joohee.” Aku menyeluk saku.

            “no comment.”

            “no comment is a comment.” Aku menjawab walaupun perkara tu lari dari topik yang kami bualkan.

            “ceh!”

            “hahahahaha...” ketawa aku pecah. Tak sangka dia faham maksud aku.

++++

            “eh! Joohee. Kau nak pergi mana petang-petang ni? Melaram habis kau.” Chanyeol menegur.

            Aku pula leka menonton TV. Aku tahu dia nak pergi mana.

            “Joohee, jangan pergi. Please...”

            “maksud kau?”

            “ni untuk kebaikan kau jugak.”

            “eh! So what, huh?! Kenapa kau ni tak habis-habis nak menyibuk hal aku. Aku tahu la kau tu penjaga aku tapi takkan sampai hal peribadi pun kau nak masuk campur!”

            “Joohee...”

            “Aku keluar dulu. Tak pe, jangan risau. Aku balik awal nanti.” Dia menyarungkan kasut tumit tinggi. Entah bila dia beli kasut tu pun aku tak tahu dan aku tak nak ambil tahu.

++++

Yoon Joohee p.o.v

            Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berlapikkan bantal empat segi mini. Aku memberikannya senyuman.

            “awak suka tempat ni?” lelaki yang berumur lingkungan 20 tahun itu bertanya.

            “suka.”

            “awak nak tahu, restoran ni ayah saya punya. Tak lama lagi, saya akan uruskan restoran ni.” Dia memberi tahu. Aku senang dengan dia. Cara dia bertutur jauh berbeza dengan mamat kecik tu.

            “kita order makanan dulu.”

            “hmm.” aku mengangguk.

++++

           “awak, thanks sebab belanja saya dinner hari ni.” Aku bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri di dalam kereta.

            “my pleasure. Lain kali kita lunch pulak eh?” dia bertanya.
             “ok.”

++++

            “thanks sebab hantarkan saya.” aku memandangnya dan tersenyum.

            “awak ni asyik cakap ‘thanks’ je.” Dia membetulkan kedudukannya. Tangan kanannya memegang stering kereta manakala tangan kirinya memegang kepala kerusi tempat aku duduk.

            “habis tu, saya nak cakap apa? Tak kan saya nak cakap.....” belum sempat aku menhabiskan ayatku, bibirnya menyentuh lembut bibirku. 

            Dia menjauhkan sedikit bibirnya pada bibirku. “so..sorry..” dia memandang ke hadapan.

            “tak.. tak apa. Erk! Saya masuk dulu.” Aku membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta. Tiba-tiba muka terasa hangat. Arh! I’m blushing!

            “calm down, Joohee.” Aku berkata pada diri sendiri.

++++


Luhan p.o.v

            Langkah aku terhenti ketika aku terlihat sebuah kereta berhenti di depan rumahku dan aku berhadapan dengan kereta tersebut. Sebetulnya, aku pergi ke kedai beli barang dan dalam perjalanan ke rumah.

            Aku tak tahu kenapa, plastik yang ada di tanganku terlepas di saat aku melihat lelaki pagi tadi dengan tenang mengucup bibir Joohee. Hati aku rasa sakit. Marah. Geram. Air liur yang aku telan terasa perit. Lalu, aku mengambil nafas dalam-dalam. Diafragma mengembang lagi luas daripada biasa. Kemudian, aku mengutip kembali plastik beg tadi dan meneruskan langkahku.

            “aku dah balik.” Kasut aku letakkan di atas rak.

            “Ah! Luhan. Bagus la, kau dah balik.” Chanyeol menyambut.

            “kenapa?” aku bertanya, plastik beg aku letakkan di atas meja kopi.

            “aku kena balik la hari ni. Kau cakap dengan En. Boss, aku berhenti tau. Ni, surat aku.” Dia menghulurkan sampul surat bewarna coklat.

            “laa.. kenapa pulak?” aku menyambut sampul surat tersebut.

            “ada kerja kat sana.”

            “oh! Ok ok. Faham faham. Joohee tahu?” aku bertanya.

            “tahu. Time dia balik tadi aku bagi tahu dia.” Chanyeol menyambut plastik beg bewarna putih di hadapanku lalu melihat isi didalamnya.

            “kopi je?” dia membuat muka merajuk.

            “kau ingat aku nak beli apa?” aku mengambil plastik beg tersebut dan mengeluarkan isinya.

            “soju..” dia menjawab perlahan tetapi aku masih dapat menangkap maksudnya.

            “gila kau!! Aku bukan jenis macam tu,ok. Kau pernah minum ke?” aku bertanya.

            “tak la. Aku tengok kat TV, dorang minum soju tu macam sedap je.” Chanyeol memberi pendapatnya.

            “dah! Cukup! Bila kau nak balik sana? Esok ke?” aku mencapai remote control.

            “tak eh! Sekarang.” Dia bangkit dan mengambil beg bewarna hitam. Tak jadi aku nak tengok TV.

            “laa... esok je la. Dah malam ni.”

            “ohhh.. malam. Siang la, cik abang oii..” dia memukul lembut belakang kepalaku. Siang? Ohh...

            “ok. Aku pergi dulu. Jjaljjayo!” dia melambai-lambaikan tangannya ketika aku di muka pintu.

++++

            “Joohee. Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Aku mengetuk pintu dari luar.

            Tiada jawapan.

            “Joohee..” aku memulas tombol pintu. Gelap. Dia dah tidur.

            Aku kembali menutup pintu bilik Joohee. Lalu aku berjalan menuju ke arah sofa. Air kopi nescafe yang sejuk sudah hilang sejuknya. Argh! Kenapa dengan aku ni? Aku memegang dadaku. Kadar denyutan jantungku terlalu laju. Aku menyeluk saku, dan mengambil telefon. Segera aku membuka application untuk mengira kadar denyutan jantung.

            90 kali seminit?

            Aku mengambil nafas. Menenangkan diri. Kemudian, aku kembali mengira kadar denyutan jantungku.

            40 kali seminit.

            Ok. Calm down, Luhan.

++++

Yoon Joohee p.o.v

            Aku membuka mataku. Kemudian mata dikalihkan pada jam dinding yang kemas tergantung di dinding. 3.15 pagi. Lalu, aku bangkit. Ah! kenapa aku fikirkan perkara tu? It’s not my first kiss. Aku mengusutkan rambutku dan mengemaskannya kembali.

[Flashback]

            “Joohee. Hati-hati.” Luhan memegang buku-buku yang tebalnya lebih daripada seinci.

            “ya, aku tahu. Bagi aku buku tu.” Aku menghulurkan tangan.

            Dia mengambil satu buku berwarna coklat lalu dihulurkannya padaku. Terlalu rendah. Aku ‘memanjangkan’ tanganku. Ketika itu, aku tak tahu kenapa aku jadi tak stabil.“argh!!” aku menjerit.

            “Joohee!!” Luhan menjerit memanggil namaku.

            Aku menutup mata. Terasa sakit di lutut dan... aku membuka mata. Aku ada di atas badan Luhan. Dan.. “ahhh!! Kau curi first kiss aku!!” aku bangkit dan menjauhkan diriku daripadanya. Tangan aku menekup mulut. Terkejut.

            “hey! Kalau aku tak sambut tadi, silap hari bulan patah riuk tulang kau tu.” dia menjawab.
            “yah!!” aku memukul kakinya.
            Ketika itu, Luhan datang mendekatiku. “kau... kau nak buat apa, hah? Aku jerit kang!” aku menggertaknya.
            Aku melihat dia menarik hujung lengan bajunya, lalu dia mengelap dengan kasar di bibirku untuk beberapa kali. “dah. Aku dah ‘pulang’ first kiss kau tu. Takut sangat orang curi first kiss dia tu.”

            Dia bangun dan mengutip buku-buku yang berselerak di sekeliling kami. Kemudian, dia menyusunnya di atas meja mengikut bab.

[End of Flashback]

            Aku tersenyum sendiri. Macam mana la aku boleh teringatkan peristiwa tu.

            “argh!!” seseorang menjerit kecil dari luar bilik.

            Segera aku berlari keluar. Luhan ada di atas lantai. Menahan rasa sakit. Lalu, aku datang mendekatinya.

            “kenapa ni?” aku bertanya.

            “eh! Kau tak tidur lagi?” soalan aku diendahkan olehnya.

            “aku tersedar tadi. Kau kenapa?” aku duduk di sebelahnya.

            “tak ada apa-apa la. Terjatuh tadi.” Dia memegang belakangnya.

            “terjatuh?” muka lelaki berambut perang ini aku tilik.

            “benda ni.” Dia memukul sofa tempat kami bersandar.

            “kau tidur atas sofa ni ke? Asal tak tidur kat dalam bilik kau?” aku menjenguk sedikit di belakangnya.

            “tertidur. Kau tak nak tidur balik ke?” Luhan bertanya.

            “entah. Aku dah tak mengantuk lagi. Kau?”

            “sama la.”

            Dan kami hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa yang nak dibualkan. First time aku tak tahu apa nak cakap dengan dia.

++++

            Aku membuka mata. Tangan Luhan berada di atas tanganku. Dia memelukku. Dan.. kami tertidur di tepi sofa. Dalam keadaan duduk. Mencangkung tapi duduk. Faham? Erk! Macam mana ni? Nak kejutkan ke tak?

            Aku memandang wajahnya. Hik! Aku tersenyum. Tak sangka, dia ni comel jugak time tidur dan aku tak pernah tahu pasal ni. Tiba-tiba hati aku berdebar. Perasaan apa ni? Tak tak tak! Tak mungkin.

            “erk! Lu.. Luhan. Bangun. Dah pagi dah ni.” Aku memanggil lembut namanya. Aku tak tahu kenapa suara aku tak boleh nak tinggi dan kuat macam selalu.

            “uh?!” dia tersedar seraya itu pelukan tadi terlerai. Aku menarik nafas lega.

            “dah pukul berapa ni?” dia bertanya. Dia tak sedar ke apa yang aku buat tadi?

            “entah. Aku baru bangun.” Aku bersila.

            “oh!” dia bangun dan mengutip lima tin air kopi nescafe dan meletakkannya di dalam plastik beg bewarna putih.

            “kau nak makan apa? Aku masakkan.” Dia menawarkan dirinya.

            “ikut kau la.” Aku membuat keputusan.

            “ok.” Katanya yang disambut dengan menguap. Dia menggeliat.

            Aku tersenyum.

Okay! Foget the past and start a new life, Joohee...

++++

Luhan p.o.v

            Aku duduk di kerusi. Zip baju sweater dinaikkan ke atas sedikit. Kedinginan pagi mencengkam tulang putih. Urgh! Kenapa hari ni sejuk semacam je? Nak hujan ke? Aku memandang ke langit. Memang kelihatan awan mendung yang sedang menunggu masa untuk mencurahkan segala isi di dalamnya ke bumi.

            “pandang apa tu?”

            Aku memandang ke tepi. Joohee. Senyuman terukir dibibirnya. Mahu saja aku menyambut senyuman itu namun di tahan.

            “tak ada apa-apa. Nak hujan. Mendung je ni.” Aku mengulas.

            “ohh.. nah.” Dia menghulurkan air mineral.

            “kita dah berjongging. Lepas ni, nak buat apa pulak?” aku bertanya.

            “entah tapi aku ada date dengan Hyung Seok. So, tak boleh la nak pergi mana-mana pagi ni.” Dia meneguk air mineralnya.

            “Hyung Seok?”

            “ha’ah. oh! Kau tak kenal dia lagi,kan. Dia yang kat cafe hari tu. Yang ajak aku dinner tu..” dia menjelaskannya dengan lebih terperinci. Tersenyum. Mungkin teringat kat lelaki hari tu. Maksud aku, Hyung Seok...

            Dan yang dah kiss kau tu, aku berkata didalam hati. “ohh.. ok.” Aku menjawab seperti tidak tahu apa-apa.

            Tiba-tiba, hujan mencurah dengan lebat. Tak sempat kami mencari tempat berteduh. Spontan, aku membuka sweater dan memayungi Joohee. Dan kami berlari secepat mungkin untuk berteduh.

            “kau ok?” aku bertanya. Tubuhku sudah basah kuyup dek air hujan yang mencurah tidak henti-henti sebentar tadi.

            “aku ok. Kau tu. Tengok dah basah kuyup dah.”

            “tak pe. Lepas ni, aku mandi la.”

++++
             Joohee dah keluar dan aku bersendirian di rumah. Menonton TV yang aku rasa tak banyak cerita best. Tiba-tiba tekak aku terasa perit bila menelan air liur. Jangan la.
           
            “uhuk! Uhuk!” aku terbatuk di situ. Dengan itu, aku terasa terlalu sejuk. Kepala pula pening. Mata berpinar.

            Aku nak tidur.

            Aku nak baring.

            Segera aku bangun dan berjalan menuju ke arah pintu bilikku.

            Dan....

            Semuanya gelap...

++++

Yoon Joohee p.o.v

            Aku menyusun kasut di depan. Seusai menyusun, aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. TV terpasang tapi tak ada sesiapa yang menontonnya. Mana Luhan?

            “Luhan?!” aku menjenguk ke dapur.

            Tak ada.

            Dia pergi mana?

            “Luhan, kau kat mana?” aku mendekati belakang sofa dan ketika itu...

            “LUHAN!!” aku menjerit memanggil namanya. Segera aku pergi kepada manusia yang terbaring secara tertiarap. Handbag di tangan aku lepaskan.

            Aku mengangkatnya ke pangkuanku. “Luhan. Luhan. Bangun.” Aku menampar perlahan pipinya.

            Tak ada apa-apa respon.

            Tak kan...

            Kemudian, aku menyentuh dahinya. Panasnya. Dia... demam. Sebab aku?

++++

            Aku memerah kain putih dan meletakkannya di atas dahi Luhan. Dia ni. Demam tak bagi tahu aku. Kalau aku tahu, aku boleh batalkan date aku. Kemudian, aku membetulkan selimutnya dan mengambil mangkuk yang berisi air suam.

            Aku melangkah keluar dari biliknya. Setelah siap menuangkan air suam ke dalam sinki dan menukarnya dengannya yang baru, aku meletakkannya kembali di atas meja sisi di bilik Luhan. Aku menyandar di sisi katil.

            Dan mesej masuk....

Awak, awak sayang kat saya tak?

             Dari Hyung Seok...

            Kenapa awak cakap macam tu?

            Aku membalas.

            Sementara menunggu balas daripadanya, aku menukar kain di dahi Luhan. Setelah air ais menyerap ke dalam kain putih itu dan aku memerahnya seperti biasa. Dan meletakkannya di atas dahi Luhan sekali lagi.

            Will you marry me?

            Aku tergamam. Apa aku nak jawab ni?

            Aku membiarkan mesej itu tidak terjawab.

Tak akan terjawab.

Mungkin...

++++

            “urgh...” aku tersedar disaat terdengar suara sesorang.

            Luhan dah bangun. Bagus la.

            “kau nak air ke? Kejap.” Aku menuangkan air ke dalam gelas dan hulurkannya pada Luhan.

            “thanks..”

            “kau demam tak bagi tahu aku pun..” aku menyuarakan perasaan tidak puas hati aku.

            “sorry. Aku pun tak tahu yang aku demam.” Dia bersila.

            “ye la tu.”

            “betul..” dia mengiakan kata-katanya.

            Aku melabuhkan punggung di katil. Bersebelahan dengan Luhan.

            “kenapa? Kau risaukan aku ke?” dia mula tersenyum tapi masih dapat kesan wajah pucatnya.

            “mana ada..” aku menafikannya.

Mungkin...

“hahaha..” ketawa yang di buat-buat. Aku masih diam membisu.

Dia mendekatkan dirinya denganku. “thanks sebab jaga aku. Don’t worry, aku takkan curi first kiss kau..” dia memelukku. Aku membatu di situ.

++++

“awak. Kejap.” Hyung Seok memanggilku.

Aku duduk bersentengtangan dengannya. Luhan tak datang kerja. Chanyeol dah balik. Jadi aku sorang je pergi kerja hari ni.

“saya harap awak terima ni...” dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Kotak kecil.

“apa ni?” aku bertanya.

“bukak la.”

Aku membuka kotak kecil itu. Dan... cincin.

“uh?” aku keliru.

“saya sayang kat awak. Awak tak balas mesej saya hari tu, so saya fikir maybe awak tak berapa faham. Will you be marry me? Saya nak jadi separuh daripada diri awak. Saya nak lengkapkan kekurangan awak. Saya nak jaga awak seumur hidup saya. You are my love. I love you at the first sight. It’s not because you are beautiful or what but I know there’s something special about you.” Panjang dia berkata-kata.

Aku hanya mendiamkan diri.

“sa.. saya kena pergi sekarang.” Aku berlalu pergi tetapi kotak cincin masih di dalam genggamanku.

“bagi saya masa, boleh? Untuk fikirkan semua ni?” aku memaling memandang wajah Hyung Seok.

“boleh. I will be waiting for you.” Dia membalas. Senyuman terukir di bibirnya dan aku menyambutnya dengan baik.

++++

Luhan p.o.v

            Aku menuangkan air kopi ke dalam mug. Kemudian, aku membawanya ke depan. Badan pula diselimuti oleh comferter putih bersulam gambar alpaca. Sejenis llama, tak silap aku. Lalu, aku bersila di atas sofa dan menekan punat remote control.

            Strong Heart.

            Tetamu dia.. exo k dan exo m.

            HAHAHAHA. Aku jadi tahu industri muzik yang manusia di bumi tubuhkan atau lebih dikenali sebagai kpop. Aku suka lagu dorang. Expecialy, Angle. Aku rasa macam ada sesuatu yang istimewa tentang lirik lagu dorang tu.

            “Aku dah balik.” Suara Joohee kedengaran dari pintu rumah.

            “oh!” aku menjawab. Sekadar mahu memberitahu bahawa di rumah ini berpenghuni.

            “kau tengah tengok apa tu?” dia berjalan mendekatiku dan mendarat dengan baik di sisiku.

            “strong heart.”

            “siapa tu?” dia bertanya. Lemah. Letih mungkin.

            “siapa apa?” aku kembali bertanya. Tak faham.

            “tu la. Yang pakai baju hitam-hitam tu..” dia memuncungkan mulutnya. Kepalanya di lentokkan ke bahuku. Dan aku membiarkannya. Sinis aku tersenyum.

            “ohh.. yang tu. tu group exo. Ada dua group. Bukan sub-group. Tapi group lain-lain. Exo-k refer to exo korean. Exo-m refer to exo mandarin.”

            “Bukan sub-group. Tapi group lain-lain? Apa maksud kau?” dia memandang wajahku.

            Aku tahu tu. Aku nampak melalui ekor mata.

            “berdasarkan maklumat yang aku tahu, dorang ni dari Exo Planet. Company sama, SM Entertainment. Cuma bezanya dorang ni, korea dan china. Jadi, semua lagu dorang sama just bahasa je yang lain. Nama group pun sama. tapi dorang rapat tau. Walaupun group lain-lain.”

            “kau duduk rumah, kau layan benda-benda ni, ke?” dia mengangkat kepalanya.

            “nak buat macam mana. Boring la duduk rumah sorang-sorang.”

            “ouh.. eh! Muka mamat tu sama la macam kau.” Dia menunjukkan pada seorang ahli exo-m. Luhan. Xi Luhan. Hahaha. Sampai tahap ni aku kenal dorang.

            “ohh. Nama dia Xi Luhan. Orang China. Kau nak tahu macam mana dia boleh jadi penyanyi?”

            “macam mana?”

            “dia ni sebenarnya budak transfer student dari China. Masa dia tengah jalan-jalan kat mana entah aku tak ingat, tak silap aku staff SM Entertainment terserempak dengan dia. Staff di tawarkan dia jadi trainee kat SM Entertainment. Maybe sebab dia comel. Dia terima.. tup tap tup tap. Dua tiga tahun jadi trainee, debut sebagai penyanyi dalam group exo-m.”

            “wah!! Teror la kau.”

            “ohh.. biasa..”

++++

Yoon Joohee p.o.v

            Lagi tiga bulan...

            Aku melepaskan keluhan berat.

            Aku patut lupakan semua tu.

            Ya! Aku patut.. bukan! Aku mesti lupakan semua tu!

            “Joohee?” Hyung Seok melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukaku.

            “awak ok ke?” dia bertanya.

            “ok..” aku menjawab perlahan.

            “jom, kita tengok rumah kita.” Dia membuka tali pinggang keledarnya.

            “kat mana?” aku bertanya.

            “tu..” dia menunjukkan sebuah bangunan yang tinggi.

            “kondominium..” perlahan aku menyebut.

            “yup. Jom.” Dia keluar dan berjalan dengan pantas.

            Lalu, dia membukakan pintu kereta untukku. Aku pula membuka tali pinggang keledar dan keluar dari perut kereta.

++++

            Aku melangkah masuk ke dalam ruang lobi kondominium. Luas dan cantik.

            “Joohee. Jom.” Dia memegang erat tanganku dan membawaku pergi ke lif.

            “ok..” aku hanya membuntuti langkahnya.

++++

Luhan p.o.v

            Aku berjalan-jalan di sekitar Gangnam-gu. Joohee keluar. Mesti jumpa Hyung Seok lagi. Argh!! Kenapa aku nak rasa cemburu pulak, ni? Ketika itu jugalah, aku melihat Joohee keluar dari kereta milik seorang lelaki bernama Hyung Seok.

            Apa yang dia buat kat sini?
             Kenapa dia masuk kondominium ni dengan lelaki tu?

            Secara senyap, aku mengekori mereka. Jika mereka mengambil lif, aku pula berlari menaiki tangga. Orang dah sihat la katakan. Ketika sampai di tinggat yang tertera di pintu lif, aku termengah-mengah. Sedaya upaya mengambil nafas.

            Dan ketika itu jugalah, mereka keluar dari perut lif. Menuju ke arah sebuah pintu yang di lengkapi dengan sistem keselamatan.

            Takkan...

            Aku mempercepatkan langkahku. Aku kena sampai pada dorang sebelum dorang masuk.

            “Joohee!!” aku menjerit memanggil namanya.

            “Luhan?? Apa yang kau buat kat sini?” dia memaling memandang wajahku. Terasa panas akibat berlari tadi.

            “aku yang patut tanya kau, apa yang kau buat kat sini?” sekali lagi aku cuba untuk mengambil nafas.

            “eh! Kamu ni kawan Joohee,kan. Saya Hyung Seok. Park Hyung Seok.” Lelaki di sebelah Joohee menghulurkan tangannya. Aku hanya memandang tangan yang dihulurkan padaku.

            “kalau aku tahu benda ni akan terjadi, aku takkan ikut arahan kau untuk turun ke sini.” Aku memberi kata putus dan pergi meninggalkan mereka.

            Ah!! Kenapa aku rasa marah? Dia nak bahagia,kan? Patutnya aku biarkan dorang bahagia. Tapi lelaki tu manusia!

++++

Yoon Joohee p.o.v

            “awak. Sa.. saya pergi dulu. Sorry!” aku menunduk dan pergi meninggalkan lelaki yang sedari tadi berada di sampingku.

            Apa yang dia buat kat sini?

            Macam mana dia tahu aku kat sini?

++++

            “Luhan!!”  aku menghalangnya daripada meneruskan lagi perbuatannya.

            “Luhan, dengar la dulu!” aku menarik beg pakainnya ke tepi.

            “aku tak tahu kenapa aku rasa marah bila kau dengan mamat tu! Aku tak tahu kenapa aku rasa cemburu bila kau bergelak ketawa dengan mamat tu! Aku tak tahu kenapa aku rasa... macam aku dah kehilangan sesuatu bila kau dengan mamat tu!” dia menepis tanganku.

            Dia menangis. Patutnya aku yang menangis. Bukan dia...

            “Luhan...” aku memanggilnya dengan nada yang lembut.

            “tak payah la kau nak buat baik dengan aku. Aku nak balik.” Dia menjawab dengan satu nafas.

            “balik?” aku bertanya.

            “ya! Aku nak kau ikut aku.” Luhan berhenti mengemas pakaian-pakaiannya dan memandang wajahku.

            “tapi kenapa?” aku bertanya lagi.

            “sebab kau kena balik.”

            “kenapa?”

            “aku tahu kau cintakan dia! Tapi kau tak boleh kahwin dengan dia!” dia menengkingku.

            “kenapa pulak?! Apa bezanya?! Dia manusia, aku manusia, kau manusia.”

            “apa bezanya? Bezanya dia manusia bumi. Kau...?!! Ingat! Kau tu ahli sihir. Kau datang dari dunia yang lain. Kau pun tahu apa risiko dia kalau kau kahwin dengan manusia bumi.” Kata-katanya berjaya mengunci mulutku.

            Aku tak tahu nak cakap apa..

            Tapi...

            Kenapa aku rasa sakit hati bila dia tengking aku macam tu...

            Kenapa aku rasa sedih bila dia layan aku macam tu....

++++

            “Joohee. Cepat.” Panggilan dari Luhan yang berdiri di hadapanku memusnahkan seluruh khayalanku.

            “hmm..”

            Sorry, Hyun Seok. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya pasti awak akan jumpa wanita yang lebih layak daripada saya. Yang akan membahagiakan awak. Yang akan menjaga awak tatkala awak sakit. Yang akan melangkapkan kekurangan awak. Yang akan menjadi sebahagian daripada diri awak. Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya sayangkan awak tapi saya lebih sayangkan dia. Saya rasa saya cintakan dia. Saya rasa dia lah sebahagian daripada diri saya. Yang akan melengkapkan kekurangan saya.

            Aku meninggalkan nota dan kotak cincin di dalam peti surat rumah Hyung Seok. Telefon. Aku jual. Sama seperti Luhan. Kami tidak memerlukan benda itu di dunia kami.

++++

Di EXO Planet..

            “Luhan...” aku memanggilnya.

            “hmm.” dingin.

            Dia still marah kat aku ke?

            “kau still marah kat aku lagi ke?” aku bertanya. Diri ini pula duduk bersebelahan dengan lelaki yang sedang leka membaca buku.

            “kau rasa?”

            “ya..” aku memandang ke tempat lain.

            “mana ada la. Kau ni, feeling je.” Dia memeluk bahuku. Buku di letakkan di atas meja.

            “ye ke?” aku menyeluruhi wajahnya.

            “betul.”

            “tipu la.” Aku memandang di sekitar bilikku atau lebih tepat lagi ruangan peribadi.

            “betul la. Buat apa aku nak tipu kau.” Dia masih memeluk bahuku. Aku tersenyum sinis.

            “kau nak tahu satu perkara tak?” dia bertanya padaku.

            “apa?” dia tidak menjawab.

            Tiba-tiba dia menarik aku dan memelukku seerat-eratnya. “saranghae..”

            “hmm.. aku tahu. Aku pun.” aku membalas pelukannya.

            Dan sekarang...

            Aku menganggap kejadian aku jatuh dari tangga dulu dan tercium Luhan adalah first kiss aku..

            Dan sekarang juga...

            Aku tak menganggap dia telah mencuri first kiss aku tapi telah memiliki first kiss aku...

            Dan sekarang juga...

            Aku tahu...

            Aku sangat mencintai dirinya..

            Yang akan melengkapkan diri aku...

            Menyempurnakan kekurangaan aku....

            Dan yang akan membahagiakan aku kelak....



| THE END |